Ma , You Are The Best Mom In The World! Happy Mother's Day..


Mei merupakan bulan yang boleh dianggap bulan penghargaan. 1 Mei merupakan hari menghargai pekerja. Bulan Mei juga menghimpunkan Hari Guru dan Jururawat. Tak terkecuali Hari Ibu yang mana jatuh pada Hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.

Okkeh... Sempena dengan Hari Ibu esok, aku pon nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ma yang tercinta, Puan Hasiah Che' Dian. Sesungguhnya tak mampu kita nak balas jasa ibu kita sepanjang mengandungkan kita, melahirkan dan mendidik kita. Justeru, hargai lah mereka. Dan untuk  Ma, terimalah dedikasi dari anakmu ini.


Ibu
Engkaulah Ratu,
Engkaulah Permata Hatiku,
Bertarung nyawa melahirkanku,
Mengajarku erti hidup,
Mendidikku menjadi insan berguna,
Terima kasih ibu..
Aku berdoa,
Moga ALLAH merahmatimu selalu,
Karna dikau adalah ibuku,
Yang kucintai dan sayangi selalu...
Love you Ma!


Owhhh...pandai gak haku karang2 puisi neh...hahaha...belasah jer la hek! Untuk semua ibu-ibu kat Malaysia dan seluruh dunia, selamat hari ibu jugak. Wat korang semua, jom cepat2 wish selamat hari ibu wat mak2 kita, at least diorang tau kita amat menyayangi mereka. Love and peace!

Jom dengar lagu HUJAN ni...sangat besstt...


0 Comments:

Post a Comment