Untuk Abah : Moga Panjang Umur

Awal pagi selasa. Jam laptop menunjukkan pukul 12:33 pagi. Dalam keheningan pagi ini juga aku menulis. Mata tak boleh lelap. Nadiah dah tidur dah. Aku sorang je tak boleh tidur. Padahal esok ada kelas pukul 10 pagi. Elok la aku menulis seketika diruang ini.....

Hari ni 3 Ogos. Tarikh hari lahir Abah aku yang ke 51 tahun. Pertamanya, selamat hari lahir Abah.. Semoga ALLAH merahmatimu. Keduanya, terima kasih untuk segalanya. Mendidik kami.Bila dikenang-kenang waktu kecil-kecil dahulu, Abah seorang yang garang.Tegas. Itu yang buat aku takut. Takut kena marah sebab aku memang nakal dulu. Degil. Panjat pokok manggis, bakar jerami kering kat bendang, main air bah, main bola 'katak', semua tu lumrah bagi kanak-kanak yang membesar di kampung seperti aku.Maghrib baru balik rumah. Mak bapak mana yang tak marah bila itik dah masuk reban baru nak balik. Tapi aku maintain... Esok-esok buat lagi.. =)

Bila dikenang lagi, aku ingat Abah pernah 'babap' aku juga. Ohh...memang nak nangis. Tapi yang pasti aku tak nangis masa tu, depan Abah. Maintain lagi... 'Macho' kena jaga. Haha! Tapi tak tertahan juga sebab aku mesti nangis dalam bilik sorang-sorang. Masa tu, boleh terfikir nak lari dari rumah aje. Sebab fikir Ma Abah tak sayang aku. Perasaan sakit hati kanak-kanak. Takda siapa nak pujuk. Sanggup tak keluar makan. Alih-alih, siapa yang kebulur? Buat muka 20 sen masuk dapur..

Tu masa kecik-kecik dulu.. Bila dah besar ni, pemikiran pun makin matang dah. Dah tak terfikir dah nak lari dari rumah.. ;p (itu zaman kanak2 shj ok!). Umur kami adik-beradik dah meningkat remaja. Abah dah tak garang lagi. Mungkin  dulu kena garang sebab nak didik kami supaya jadi insan yang berguna. Lagipun sebagai yang sulung, kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik.

Aku ingat lagi sewaktu menuntut di Matrikulasi Pahang. Itu first time aku tinggal kat hostel. Memang aku tak boleh nak adapt dengan suasana kat sana. Aku tak nak dok sini.Nak balik rumah. Time orientasi aku dah nangis-nangis even dalam bilik mandi pun, Tengah malam pun sama, waktu nak tidur. Aku curi-curi nangis dalam selimut tak nak bagi rumet2 nampak. Malu! Tapi Abah dengan Ma call bagi semangat. Dorongan. Doa tak putus-putus. Dan part yang paling paling paling aku tak boleh lupakan ialah sewaktu dapat result ujian pertengahan semester. Seriously, aku down gilerr!Aku stress! Ditambah dengan personal problem dengan diri aku lagi, semangat aku hilang entah kemana. Aku ingat lagi hari tu hari Khamis.Siang pergi tegok result kat papan kenyataan. Malam, aku call Ma, teresak-esak kat telefon cakap aku tak dapat buat. Memang tak dapat. Ma suruh aku tenang. Cuba lagi. Dan, sungguh aku tak sangka Abah sanggup drive esok paginya dari Kelantan ke Gambang semata-mata kerana aku! Ma dgn adik-adik pun datang sekali. Even jumpa sekejap sangat, dorang banyak bagi kata-kata untuk menaikkan semangat aku...Abah cakap takpe.. dah tu yang termampu...( oohh...air mata aku dah makin laju dah nie... Sebak bila menulis peristiwa ini.. ) Aku tak ada kakak atau abang. Tapi aku ada adik-adik yang amat aku sayangi. Kad yang dorang bagi waktu tu aku still simpan. Dan Alhamdulillah, berkat doa kalian aku dapat melepasinya.

Bila disingkap balik, terlalu banyak pengorbanan Abah untuk kami adik-beradik. Memang tak terungkap. Kalau mampu dibalas dengan wang ringgit, mudah bukan? Tapi hakikatnya memang tak ternilai dek harta semata-mata. Kasih sayang ayah lebih daripada itu. Meskipun berbeda dari kasih sayang seorang ibu, kasih ayah juga dibawa ke syurga.

Untuk Abah yang dikasihi, selamat hari lahir, semoga ALLAH merahmatimu selamanya. Pintaku semoga dikau dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang amat baik jua. Terima kasih atas pengorbananmu. Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas semua jasamu. Doaku "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil." Amiin..

Sekarang ni pun, Abah masih belajar. Ambil ijazah. Sebab dulu-dulu jadi cikgu guna sijil perguruan. Aku ingat Abah cakap," nak ambil degree ni, nanti boleh jadi wakil rakyat kampung niee..." Kami gelak-gelak je dengan gurauan itu..Mana tahu kan? Doa2 kan lah. :). Semoga Abah berjaya menghabiskan pengajian. Amiin.


Coretan hati seorang cengeng,

1 comment: