Salam Aidiladha 1433H
بسم الله الرØمن الرØيم dan السلام عليكم
aidiladha 1433 |
Hari Raya Haji bakal tiba. Sepuluh hari awal Zulhijjah kian berlalu. Dikesempatan yang ada, salam Aidiladha diucapkan kepada yang menyinggah. Semoga sama-sama meraih dan mendapat rahmat kasihNya.
Sedikit perkongsian. Antara amalan-amalan di pagi Hari Raya Aidiladha (sumber dari shafiqolbu)
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
لآ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْØَانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†ْ الظَّالِÙ…ِÙŠْÙ†َTiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
selamat berkorban!oh ye, selamat berpuasa sunat hari Arafah juga.
♥,
0 Comments:
Post a Comment