Nota buat diri


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)


Ujian. Musibah. Bahagia. Derita. Gembira. Senang. Sedih. Kaya. Miskin. Semua ada kan. Complete.

Setiap individu, jalan hidupnya beza. Bermacam-macam rupa, bentuk. Di sana berduka, di sini bergembira.

Setiap apa yang berlaku, adalah ketentuanNya, perencanaan Qada' Qadar Allah jua. Yakin ya. Hikmah itu ada. 

Ingatan buat diri. Penawar hati hanya ada pada Dia. Bersabar dan bertabah itu lebih baik. Tuhan, ajari aku erti sabar, redha dan ikhlas. KepadaMu jua aku aku bermohon dan bertaubat.

Ambil darinya segala 'ibrah, jadikanlah ia sebagai khibrah, buat bekalan menempuh hayah , agar selamat dunia dan akhirat. Insya Allah. :)

“Ya Allah, berikanlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut” 
Ameen

 ♥,
  myaada

0 Comments:

Post a Comment