7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang
7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang - Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah ni, tetap dalam mood cuti jugak walaupun cuti 2 hari weekend ni je. Hehe. Korang bercuti ke mana? Ada plan bercuti ke Penang? Kalau korang ada singgah bercuti di Pulau Pinang Pulau Mutiara ni, sila lah menikmati pelbagai menu makanan yang ada di Penang ni tau. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best di Penang ni. Cuma buat masa ni saya senaraikan yang ni je dulu 7 tempat makan best dan menarik di Penang yang boleh korang cuba.
Penang memang terkenal dengan Nasi Kandar, Nasi Dalca dan Laksa Penangnya. Itu memang tak boleh dinafikan. Ada banyak restoran nasi kandar di Penang ni yang korang boleh cuba bila datang bercuti ke sini.
Selain tu, korang juga boleh nikmati Pasembur juga di Penang. Emmm boleh naik badan dok sini lama-lama. Hehe.
Ok lah. Jom saya share 7 tempat makan di Penang yang korang boleh singgah makan bila turun ni.
Kalau berkunjung ke Penang, jangan lupa singgah di Pulau Aman. Dekat dah dengan Penang Premium Outlet Design Village. Nak ke Pulau Aman korang kena naik bot ya. Tak lama pun atas bot tu. Kurang 10 minit dah sampai Pulau Aman.
Salah satu tempat makan di Pulau Aman yang korang boleh try bila berkunjung ke Pulau ni ialah Warung Kak Timah. Lokasi berdekatan dengan masjid. Means bila sampai je kat jeti Pulau Aman tu, korang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Laluan sekolah. Betul-betul berdekatan masjid Pulau Aman.
Kalau pergi awal sebelum zohor, ada la menu nasi lauk ikan udang fresh-fresh. Kami pergi petang dah. So makan apa yang ada. Mee udang, kue tiaw udang dan udang celup tepung. Pon sodap makan panas-panas.
Rugi tak pekena Laksa Tempurung Penang! Makan menghadap laut. Pekena dengan ABC, coconut shake tambah cendol buat korang makan bertambah lah!
Lokasi di Gertak Sanggul Pantai Ombak Damai.
Lokasi Restoran Nasi Kandar Ahmad adalah di Simpang Ampat. Kalau ikut highway, exit tol Bukit Tambun dekat dah. Tiap hari ramai je customer datang. Ahad tutup.
Tapi kalau nak try pelbagai menu western ada juga dorang sediakan di kafe dorang Arango Cafe.
Yang ini juga salah satu port makanan Western yang best di Penang. Kenapa best? Sebab portion makanan dia besar-besar. Hehe.
Biasa juga kami pergi yang kat Bigbob Cafe Perda. Lokasi di Medan Perniagaan Taman Pauh Jaya berdekatan butik Malvita Penang.
Sekarang rasanya tutup dah. So korang boleh ke Bigbob Cafe Bertam.
Kalau pukul 12 malam korang ke sini dan nampak ramai orang tengah beratur, jangan lah pelik. Memang kena beratur panjang kalau ke sini nak-nak time holiday. Tapi lenguh berdiri beratur tu boleh hilang bila dah pekena Nasi Kandar Beratur Penang ni. Berbaloi beratur panjang!
Lokasi bersebelahan Masjid Kapitan.
Lokasi di Permatang Pauh. Menu tempatan dan Western disediakan disini. Tempatnya selesa, besar dan luas. Bagi yang berkeluarga ada anak kecil, tak da masalah buat makan-makan kat restoran De Pauh Garden Penang ni.
Okey itu saja yang dapat saya share tempat makan di Penang . 7 tempat makan je lah saya share. Ada masa nanti boleh kita share lagi pasal tempat makan best di Penang ni.
Yes ada banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Penang ni selain 7 tempat makan best kat atas ni. InsyaAllah lain waktu kita share lagi.
So selamat bercuti dan selamat menjamu selera menikmati hidangan makanan best-best tempat korang pi tu ya! Oh ya time bercuti ni pun jangan lupa apply sunblock bila keluar. Skincare masa travel dan bercuti jangan lupa bawa ya 😉.
Bye dan selamat bercuti!
Penang memang terkenal dengan Nasi Kandar, Nasi Dalca dan Laksa Penangnya. Itu memang tak boleh dinafikan. Ada banyak restoran nasi kandar di Penang ni yang korang boleh cuba bila datang bercuti ke sini.
Selain tu, korang juga boleh nikmati Pasembur juga di Penang. Emmm boleh naik badan dok sini lama-lama. Hehe.
Ok lah. Jom saya share 7 tempat makan di Penang yang korang boleh singgah makan bila turun ni.
7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang
1. Mee Udang Pulau Aman ( Warung Kak Timah)
Kalau berkunjung ke Penang, jangan lupa singgah di Pulau Aman. Dekat dah dengan Penang Premium Outlet Design Village. Nak ke Pulau Aman korang kena naik bot ya. Tak lama pun atas bot tu. Kurang 10 minit dah sampai Pulau Aman.
Salah satu tempat makan di Pulau Aman yang korang boleh try bila berkunjung ke Pulau ni ialah Warung Kak Timah. Lokasi berdekatan dengan masjid. Means bila sampai je kat jeti Pulau Aman tu, korang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Laluan sekolah. Betul-betul berdekatan masjid Pulau Aman.
Kalau pergi awal sebelum zohor, ada la menu nasi lauk ikan udang fresh-fresh. Kami pergi petang dah. So makan apa yang ada. Mee udang, kue tiaw udang dan udang celup tepung. Pon sodap makan panas-panas.
2. Laksa Tempurung Penang Ombak Damai
Rugi tak pekena Laksa Tempurung Penang! Makan menghadap laut. Pekena dengan ABC, coconut shake tambah cendol buat korang makan bertambah lah!
Lokasi di Gertak Sanggul Pantai Ombak Damai.
3. Nasi Kandar Ahmad
Lokasi Restoran Nasi Kandar Ahmad adalah di Simpang Ampat. Kalau ikut highway, exit tol Bukit Tambun dekat dah. Tiap hari ramai je customer datang. Ahad tutup.
4. Arango Roti Bakar Arang
Nak try makan roti pelbagai style dan rasa, korang boleh berkunjung Arango Roti Bakar Arang di Kepala Batas. Roti kuah meleleh. Pergi breakfast sini berbaloi sangat.Tapi kalau nak try pelbagai menu western ada juga dorang sediakan di kafe dorang Arango Cafe.
5. Big Bob Cafe
Yang ini juga salah satu port makanan Western yang best di Penang. Kenapa best? Sebab portion makanan dia besar-besar. Hehe.
Biasa juga kami pergi yang kat Bigbob Cafe Perda. Lokasi di Medan Perniagaan Taman Pauh Jaya berdekatan butik Malvita Penang.
Sekarang rasanya tutup dah. So korang boleh ke Bigbob Cafe Bertam.
6. Nasi Kandar Beratur
Kalau pukul 12 malam korang ke sini dan nampak ramai orang tengah beratur, jangan lah pelik. Memang kena beratur panjang kalau ke sini nak-nak time holiday. Tapi lenguh berdiri beratur tu boleh hilang bila dah pekena Nasi Kandar Beratur Penang ni. Berbaloi beratur panjang!
Lokasi bersebelahan Masjid Kapitan.
7. De Pauh Garden Restaurant & Cafe
Lokasi di Permatang Pauh. Menu tempatan dan Western disediakan disini. Tempatnya selesa, besar dan luas. Bagi yang berkeluarga ada anak kecil, tak da masalah buat makan-makan kat restoran De Pauh Garden Penang ni.
Okey itu saja yang dapat saya share tempat makan di Penang . 7 tempat makan je lah saya share. Ada masa nanti boleh kita share lagi pasal tempat makan best di Penang ni.
Yes ada banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Penang ni selain 7 tempat makan best kat atas ni. InsyaAllah lain waktu kita share lagi.
So selamat bercuti dan selamat menjamu selera menikmati hidangan makanan best-best tempat korang pi tu ya! Oh ya time bercuti ni pun jangan lupa apply sunblock bila keluar. Skincare masa travel dan bercuti jangan lupa bawa ya 😉.
Bye dan selamat bercuti!
Laksa tu feberet!
ReplyDeleteSama la suka laksa! hehe
Delete