Tirai Emas 2021 : Belum Terlambat Untuk Bermula

Bismillahirahmanirrahim

𝘽𝙀𝙇𝙐𝙈 𝙏𝙀𝙍𝙇𝘼𝙈𝘽𝘼𝙏 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝘽𝙀𝙍𝙈𝙐𝙇𝘼

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dah lebih pertengahan kita di bulan januari 2021. Belum terlambat kot nak wish selamat tahun baru hehe. Apa pun semoga tahun baru ni kita dapat tempuh dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah.

So far  macam mana dengan target tahun ni? Mesti semua dah ada list dan goals yang nak capai tahun ni kan. At least bila dah letak target, kita akan plan dan usaha untuk capai target tu sebaik mungkin.


Untuk tahun ni, syukur masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara di muka bumi Allah ini. Ya, kita masih lagi meneruskan amalan normal baru kehidupan sejak tahun lepas akibat covid-19. Budaya baru kita praktikkan. Sama-sama jaga diri, jaga ahli keluarga. Semoga virus ini cepat-cepat berlalu.

2021, ada beberapa target saya tahun ni. Bercerita mengenai emas, harapan untuk tahun ni menjadi tahun emas, lebih baik dan lebih bermakna. 

Pernah dengar tentang Public Gold? Akhir tahun 2016 dulu, saya ada buka akaun emas public gold dengan serendah 1gram. Satu gram hari tu cuma rm181. Murah kan.

Bulan seterusnya, tambah la 1gram. Masa tu, kita buka akaun emas sekadar buka je. Tak fokus untuk menyimpan pun. Tahun 2017 langsung senyap. Tak tambah apa² 😂 

Tahun 2018 bulan disember, mula terbuka hati balik nak lebih bersungguh menyimpan. Mula paksa simpan dengan buat potongan paksa setiap bulan ke akaun emas ni. Tahun tu jugak, buka akaun emas junior untuk abang Fayyadh. Tak campur ummi punya dah.

2019, dah nampak bunga² dia nak tukar nombor depan tu. Tak nampak rupa 1++ dah. Tak silap pertengahan tahun tu, satu gram dah jadi rm200. Dia mula main nombor 2 dah aih 😔 

Alhamdulillah tahun lepas, rezeki upgrade sebagai PRIORITY DEALER Public Gold. Niat untuk lebih serius menyimpan untuk sendiri dan anak². Simpan emas sebagai alternatif. Kita berkongsi dgn semua orang kebaikan simpanan emas. Untuk Adam, juga dah buka akaun dia sendiri tahun ni.



Hari ni, harga segram emas pg rm261. Tak tahu sampai bila boleh nampak nombor 2 tu kat depan. Boleh jadi bebila je tukar 3++ pulak 😔

Kita tak tahu ke depan macam mana. Jadi, ambil peluang ni menyimpan. Miliki akaun emas sendiri. Tiada syarat ketat utk buka akaun, even baby sehari pun boleh buka jika dah ada myKid. Individu yg bankrupt, diisytihar muflis pun boleh buka akaun

If ada yang nak buka akaun emas untuk diri sendiri atau anak², boleh whatsapp 013 985 2827 ye (klik https://bit.ly/3sqTx3w), nanti saya guide. nak buka dengan rm100 atau 1gram terpulang 😊

 
Banyak benda yang berlaku diluar jangka. moga kita kita lebih bersedia dengan apa jua yang mendatang. 2021 ni, jom simpan emas. jika tak hari ni, bila lagi? 😉
.
.
.
#PublicGoldbyUmmiAwesome
#PG00087584
#PriorityDealerPublicGold

0 Comments:

Post a Comment