Showing posts with label BABY STUFF. Show all posts

7 Cadangan Minyak Telon Bayi Untuk Si Manja!

7 Minyak Telon Bayi Untuk Si Manja! - Salam mommies. Antara benda penting yang perlu ada dalam list barang keperluan bayi sama ada di rumah atau pun list persediaan barang baby ke rumah pengasuh dan nurseri, sudah semestinya minyak telon atau minyak bayi. Biasanya ibu-ibu akan memakaikan minyak telon kepada bayi setiap kali selepas bayi dimandikan. Bukan sedikit manfaat daripada penggunaan minyak telon untuk si manja ni tau. Malahan minyak telon dipercayai dapat memberi pelbagai kebaikan untuk bayi. Jom kita tengok senarai minyak telon yang ada dipasaran sebagai panduan untuk mommies yang masih mencari minyak yang sesuai untuk si manja!




Mommies, antara fungsi minyak telon ialah ia dapat menghangatkan tubuh badan bayi terutamanya ketika waktu sejuk. Disamping itu minyak telon dipercayai dapat membantu meredakan kembung perut juga. Ada sesetengah  minyak telon yang mempunyai bau yang dapat menenangkan dan memberikan keselesaan kepada bayi, justeru bayi akan berada dalam keadaan tenang dan tidak meragam. Haih bestnye dapat cium baby lepas mandi siap pakai minyak semua kan. Wangi kemain!


Di bawah disenaraikan 7 Minyak Telon Bayi yang dicadangkan  untuk si manja anda.

1. Minyak Bayini Mestika

Minyak Telon
Minyak Bayini Mastika
Terdapat dalam 1 saiz 30ml. Membantu melegakan rasa perut kembung yang tidak selesa. Membantu menjadikan badan bayi bersa hangat dan selesa.

Klik untuk dapatkan secara online -----> MINYAK BAYINI MASTIKA


2. Minyak Telon Bebiku

Minyak Bayi Bebiku
Minyak Telon Bebiku
Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk melegakan perut kembung dan menghangatkan badan bayi. Disapukan pada dada, perut, punggung dan telapak kaki 2 kali atau lebih atau bila perlu.

Klik untuk dapatkan secara online -----> MINYAK TELON BEBIKU

3. Minyak Telon Mustika Ratu
Minyak Telon Mustika Ratu
Minyak Telon Mustika Ratu
Gabungan tiga jenis minyak iaitu Minyak Kayu Putih, Minyak Adas, dan Minyak Kelapa yang mampu meredakan perut kembung dan masuk angin. Sapukan Minyak Telon dibahagian tubuh bayi seperti dada, perut dan telapak kaki untuk memberikan rasa hangat dan harum pada bayi.

Klik untuk dapatkan secara online -----> MINYAK TELON MUSTIKA RATU

4. Minyak Telon My Baby
Minyak Telon My Baby
Melegakan kembung perut. Menggosok telon minyak pada perut boleh melegakan perut akibat gas yang berlebihan atau asid perut meningkat. Menghangatkan badan bayi. Menghindari selesema & membuat bayi lebih selesa. Melembapkan kulit. Dipakai saat memijat untuk melancarkan peredaran darah. Membantu elakkan gigitan nyamuk.

Klik untuk dapatkan secara online ----->  MINYAK TELON MYBABY

5. Minyak Telon Bayi Cap Lang
Minyak Telon Cap Lang
Minyak Eucalyptus berguna untuk bayi untuk mencegah dan melegakan sakit perut dan ketidakselesaan, serta menghangatkan badan bayi. Boleh juga digunakan sebagai minyak bayi. Sapukan 5-10 titis pada dada, perut, pinggul dan kaki. Boleh digunakan pada bila-bila masa, terutamanya selepas mandi atau dalam cuaca sejuk.

Klik untuk dapatkan secara online -----> MINYAK TELON BAYI CAP LANG

6. Minyak Bayi Yu Yee
Minyak Bayi Yu Yee Cap Limau
Minyak Yu Yee ialah salap berubat herba dengan bau pudina manis. Ia digunakan secara tradisional untuk melegakan angin dan masalah kembung pada bayi. Ibu-ibu Cina telah menggunakannya selama berabad-abad dan ia telah terbukti dari masa ke masa sebagai rawatan yang berkesan untuk bayi yang bergas.Minyak Yu Yee membantu melegakan kolik dan menenangkan bayi. Ia juga membantu mengurangkan sakit otot dan sendi yang ringan dan sakit pada semua peringkat umur.

Klik untuk dapatkan secara online -----> MINYAK BAYI YU YEE

7. Minyak Bayi Ommey NR

Minyak Bayi Ommey NR
Ommey Minyak Bayi digunakan secara tradisional sebagai minyak urutan harian yang dapat memberikan kelegaan dan ketenangan pada si manja. Penggunaan harian dapat membantu melegakan ketidakselesaan perut bayi, gatal-gatal ringan, hidung tersumbat dan batuk-batuk ringan.

Klik untuk dapatkan secara online -----> MINYAK BAYI OMMEY NR


Nah sekarang mommies dah boleh survey minyak telon dan minyak bayi yang sesuai untuk baby nanti. Untuk pembelian online dari shopee, disertakan link untuk produk berkenaan. Mommies pernah apply minyak telon untuk baby, boleh share di ruangan komen sama-sama kita kongsi info ye! Terima kasih sudi membaca dan melayari blog ummiawesome.com, bye.

JOIN kami di channel telegram Misi Beli Jiwa <---- klik untuk join.

Barang Baby Ke Rumah Pengasuh/Nursery

Barang Baby Ke Rumah Pengasuh/Nursery - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dilema bakal-bakal ibu macam saya dulu,tak tahu barang apa nak bawa ke nursery. Makanya google la kita list barang baby ke nursery, list barang ke rumah pengasuh, apa nak bawa pergi nursery, barang baby pergi nursery, list barang baby ke taska dan macam-macam lagi la taip kat search column tu. Hehe.

Alhamdulillah dapat la idea sikit apa yang kena letak dalam beg tu bila nak hantar baby ke nursery atau pengasuh.

Meh nak share sedikit apa yang mommies boleh letak dalam beg nursery tu kot-kot la nak refer kemudian hari kan.

Baca juga 7 Minyak Telon Bayi Untuk Si Manja Anda!




LIST BARANG KE NURSERY, TASKA ATAU RUMAH PENGASUH


Barang Bawa Hari-Hari


1. Diapers (letak dalam 8-10 keping)
2. Tuala Mandi
3. Sapu tangan kecil
4. Baju (3-4 helai *letak baju lubang-lubang kalau cuaca panas)
5. Plastik baju kotor
6. Air kosong
7. Biskut *6mths 
8. Termometer
9. Bedak
10. Sikat Kecil
11. Cotton bud
12. Minyak Telon (Kami guna Mastika sbb bau sedap 😊)
13. Minyak Gamat
14. Krim Herbal Blend Shaklee
15. Stok Susu dalam Cooler Bag

*Untuk baby, tambah la
- Mittens and booties
- Barut


Barang Tinggal Rumah Pengasuh/Nursery

1. Susu FM
2. Botol Susu
3. Mandian dan syampu


Ini lah barang yang biasa di bawa masa hantar MF ke rumah pengasuh. Mommies letak apa lagi ya. Share la ek.




Nah ni dia beg nursery MF bawa ke rumah pengasuh dia. Nampak tak benda yang memang kena sentiasa ada dalam beg MF tu? Krim HERBAL BLEND Shaklee la tu 😀.

Krim ni ummi dia memang letak sebab senang nanti mak pengasuh dia yang kami panggil Mak Lang nak sapu time ada ruam-ruam merah kat leher kat badan semua.

Biasa la bila cuaca panas, mudah sangat naik ruam merah dan bintik-bintik. Peluh kuat budak ni. Jadi, kita standby siap-siap krim dalam beg dia 😀.

Krim Herbal Blend ni sesuai untuk hilangkan ruam lampin baby, ruam panas dan kalau ada bintik-bintik kat muka ke boleh sapu ni. Ianya selamat dan natural. Jangan risau nak sapu kat muka tu haa. Kat rumah pun kami standby jugak satu krim ni. Kot la nak guna nanti kan tak la sambar yang Muhammad Fayyadh punya ni 😀😀

Girrafe tak boleh masuk dalam beg dik. Tak boleh bawak pi rumah Mak lang. Main kat rumah je dik 😂




Vitalea ni pulak of course ummi dia punya la 😁. Nak jadi super woman kan kena la badan cergas dan aktif. Sejak jadi pengedar Shaklee ni, dah tau sikit sebanyak function setiap produk shaklee, harus la apply pada diri sendiri dulu.

Pagi kita buat urusan kat tempat kerja. Balik dah petang, nak uruskan rumah pula. Malam agak-agak pukul berapa masuk tidur? Kena pastikan kemas siap-siap barang-barang nak bawa esok hari baru la boleh tidur dengan aman. Kalau tak mesti kalut pagi tu 😅

Mana nak cekau energy nak urus semua benda?

Haa...sebab tu mak-mak bekerja yang nak stay healthy, aktif dan cergas kena ambil la supplement untuk kesihatan diri sendiri dulu. Vitalea Shaklee ni supplement yang sesuai untuk ibu berkerjaya. Banyak kebaikan dan kelebihan Vitalea ni. Ia sejenis multivitamin yang bisa buat mommies kembali bertenaga 💪💪😀.

Ya betul bila dah jadi mak-mak ni, keutamaan bukan lagi pada diri sendiri. Mesti nak utamakan orang-orang tersayang suami dan anak-anak kan. Nak mereka sihat. Nak jaga kebajikan mereka sebaik mungkin.Menjadi tanggungjawab besar untuk mak-mak menjaga kebajikan seluruh anggota keluarga kan.

Tapi diri sediri kena jaga jugak tau. Mommies sihat, barulah keluarga pun bahagia je manjang InsyaAllah 😀

Rasa-rasa nak dapatkan supplement terbaik untuk diri sendiri dan nak hadiahkan pada yang tersayang, boleh contact kita ya atau boleh beli produk Shaklee secara online dengan menekan link di bawah. Hingga jumpa lagi. Bye!



Untuk Belian Produk Shaklee Secara Online Klik > Beli Shaklee Online



Untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Klik > Borang Daftar Ahli Shaklee Online



Untuk Bantuan Mengenai Pembelian dan Pendaftaran serta Sebarang Pertanyaan Sila Whatsapp ke > 013 - 985 2827