Selamat Hari Bapa, Abah!



Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat Abah ku, semoga ALLAH merahmatimu selalu... Kami anak2 mu senantiasa mendoakan kesejahteraan Abah dan Ma. Tak mampu terbalas jasa2 kalian. Hanya doa yang mampu dilayarkan.

 selamat hari bapa, Bah!!



Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Corus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

dendangan the Cyber Jammers
 

:: menitis air mata bila dengar lagu ayah dan ibu nyanyian sudirman::

Yang Datang Itu Baik, Yang Pergi Itu Baik

Kadang2 orang mudah alpa dengan apa yang Tuhan kurniakan, lupa mensyukuri. Tika nikmat itu ditarik balik, baru terfikir terngadah, baru hendak cari apa yang tak kena pada diri.
~ Ingatan buat diri ~

Saat ini, hati perlu bertenang. Dekatkan diri, doa padaNYA. Sungguh, aku damai disini, walau lama malam tangis tak didengari. Perlukan kedamaian, ketenangan berterusan, ditemani insan-insan yang amat mencintai, menyayangi aku, tulus. Alhamdulillah. Sejujurnya, aku pasrah. Bukan tak mahu, namun masih ada liku.

Harus kuat juga karna masih ada banyak hal di hadapan. Harus sedia. Betul orang cakap ; Yang datang itu baik, yang pergi itu baik. Aku terima. FULL STOP.

Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu


:: terngiang-ngiang ::

Ma , You Are The Best Mom In The World! Happy Mother's Day..


Mei merupakan bulan yang boleh dianggap bulan penghargaan. 1 Mei merupakan hari menghargai pekerja. Bulan Mei juga menghimpunkan Hari Guru dan Jururawat. Tak terkecuali Hari Ibu yang mana jatuh pada Hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.

Okkeh... Sempena dengan Hari Ibu esok, aku pon nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ma yang tercinta, Puan Hasiah Che' Dian. Sesungguhnya tak mampu kita nak balas jasa ibu kita sepanjang mengandungkan kita, melahirkan dan mendidik kita. Justeru, hargai lah mereka. Dan untuk  Ma, terimalah dedikasi dari anakmu ini.


Ibu
Engkaulah Ratu,
Engkaulah Permata Hatiku,
Bertarung nyawa melahirkanku,
Mengajarku erti hidup,
Mendidikku menjadi insan berguna,
Terima kasih ibu..
Aku berdoa,
Moga ALLAH merahmatimu selalu,
Karna dikau adalah ibuku,
Yang kucintai dan sayangi selalu...
Love you Ma!


Owhhh...pandai gak haku karang2 puisi neh...hahaha...belasah jer la hek! Untuk semua ibu-ibu kat Malaysia dan seluruh dunia, selamat hari ibu jugak. Wat korang semua, jom cepat2 wish selamat hari ibu wat mak2 kita, at least diorang tau kita amat menyayangi mereka. Love and peace!

Jom dengar lagu HUJAN ni...sangat besstt...


Masa Untuk Menjadi seorang SUPERSTAR!!!

Hye all... peace..;P

sumber dari DIGI


Eh korang pernah tengok tak iklan DIGI yang sorang laki menari sambil berjalan tuuu? Alah yang siap terjun bawak payung kuning tuuu... Korang nak tak muka korang tertempel lam iklan tu macam ni. Bukan ape pun saja suka2 join... Konon-konon leh jadi SUPERSTAR la kan... Hahaha...
Kalo korang tader keje nak buat, ade masa sepuloh minit ka, terlebih masa senggang ka boleh la korang join kat web DIGI. Senang je. Kat situ dah tunjuk step dia. Korang upload je gambar muka korang and edit yang mana patot.
Sila tengok video muka aku ni sebagai contoh..Bila kita wat benda tu dia jadi camtu haaa...


Hahaha.... dah tengok?? cam klako lerrr... kalo tak tengok laie sila sila view kat sini pastu jgn lupa vote untuk akak ye deknon...Hahaha...undi jgn tak undi...

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...


Ada ke yang dah dapat surat menghadiri peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41?Untuk info mereka yang bakal menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan awam Gred 41, boleh dapatkan di SINI sebagai sumber rujukan kawan-kawan untuk peperiksaan nanti. Bagi mereka yang memohon, disini disertakan senarai jawatan yang terlibat dalam Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. 

Sumber dari SPA


Peperiksaan bakal dilaksanakan pada 10 April 2010 diseluruh negara. Sila rujuk jadual dibawah.


Bagi yang belum mendapat surat menghadiri peperiksaan, jangan risau. Mungkin surat sampai lmbat cket kot. Ape pun, kawan-kawan boleh membuat semakan di laman web SPA sendiri. Klik di SINI UNTUK SEMAKAN

Untuk perhatian kawan-kawan juga, pada tahun ni calon dikehendaki membawa salinan skrol ijazah, transkrip penuh dan sijil SPM yang disahkan. Kalau tak silap tahun2 lepas tak de. So REMEMBER to bring all the stuff. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis atau struktur soalan yang bakal keluar, sila rujuk laman SPA. Rasanya soklan lebih kurang sama dengan soalan peperiksaan PTD kot. So sape yang pernah amek exam PTD mungkin dah dpt gambaran la camne bentuk soklan dia kan. Susah tak? Persediaan harus dimulakan dari sekarang. All the best kawan-kawan sekalian yang dpt panggilan exam tu. Pergi jgn tak pergi. Tapi kena la study dulu.. =)




GOOD LUCK!!! 


:: CHAIYOK CHAIYOK::