selamat buka sekolah kanak-kanak


hari ni dah mula sesi persekolahan kann... jeless T___T.. teringin nak pakai uniform sekolah rendah balik. kayuh basikal ke jalan kaki pergi sekolah. mula-mula masuk darjah satu kan sangat best. igt lagi muka cikgu kelas yg garang tu nama dia cikgu ayob. misai dia lebat macam sarjan misai gerak gerak gerak khasss. ooh dia tak garang lah cuma misai dia membuatkan dia nampak garang. tgok muka mmg dah nak terkencing. hihi. terima kasih cikgu sbb jadi guru kelas kami

lepas tu bab nak mula berkawan. segan-segan nak tanya nama kawan sebelah. padahal senang je nak buka mulut cakap hai awak nama ape? nama kite bla bla bla... pastu mula lah bila dah hilang segan malu semua nak pergi kantin koop sama-sama berkepit. perempuan aje :) seronoknye hidup..

lepas tu dpt beratur pergi tapak perhimpunan dgn bisingnya. takyah kesah la pengawas tu nak marah pun.. kami kan baru darjah satu fun la bising pun. kalau cikgu disiplin dtg aah baru lah kesah. haha!


gambar google. seronok kann berdiri dgr cikgu ceramah. seronok lagi bila ari nak hujan dalam hati doa cepat cepat la hujan turun penat dah berdiri ni peluh peluh lagi. uhh baik nya budak ni :D. banyak sungguh kenangan

semalam pergi sg congkak. celebrate the day before start sekolah. kami pun enjoyyy sama! esok-esok dah sekolah belajar sampai pandai org tua cakap.


selamat bersekolah semuanya. tadika rendah menengah. buai laju-laju sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab. sukses.

dan ini award dari cik plud.. thanks a lot mira for the sweet bear here




 its me
myaada

terharu melihat gigihnya kalian :)


hari ni kan, dok umah jer. hari best day katanye harus la cuti. ooo bukan lah, kelas stat esok...sungguh hari ni tak la bosan sebab kanak-kanak  ini membuatkan hati berair terharu*pujangga* setelah sepagi menjadi bibik bersuara lantang huru hara alkisah petangnya mereka menghadiahkan kad-kad yg cantik cantik ni yg takkan anda jumpai di mana mana kedai kad kahwin

karya karya terunggul 2010

kad besar kakak bg sbb dah abes darjah 6 kenalah buat besar. kad merah plus adiah merah kak ngah munazzah. kad pelangi dgn adiah bungkusan nasi lemak kak ngah syarah bg


walopon korang amek je lebihan sisa kenduri kat ruang tamu tu jadikan adiah haruslah diberi pujian kanak-kanak semua. effort yg amat bagus :D. ayat jiwang mcm tahun tahun lepas jugak. masing-masing minta ampun minta maaf macam kad hari raya.adeh!

terharu lagi T____T bila syafi ariz*nama baru afi* bagi kad dan hadiah rumah jugak walau tak menang mari menari pun

karya terunggul syafi ariz 2010

" rumah besar tu umah along. yg kecik tu umah kawan along.."
" huihh umah along tepi pantai ke..?" *nada bersungguh*
" ye la...along nanti kaya umah besar la..."
" kereta tade pun?"
" afi tak pandai lukis kereta..."
" T_______T...ni yg garis garis ni ape...? "
" padang bola!"
" T______________________T "


dpt adiah padang bola. adeh afi! sungguh terharu. isk!

terharu sampai gelak gelak. gigih sungguh kanak-kanak ini. cuma dpt ckp terima kasih je

akhirnya nak kata, tanpa sepotong yg mcm ni


tak akan ada kek empat segi cantik lengkap sebegini


hidup pun begitu. saling melengkapi. :) opss. hari ini tinggal kenangan. tata


♥ lots of love,

 myaada

because today is the day


pujian utk skuad harimau malaya kerana berjaya membelasah indonesia tadi. tahniah tahniah tahniah! afdal 3x kann.. hehe.. tahniah mat yo. tahniah safee. tahniah ashari. tahniah muslim. tahniah semua pemain malaysia. tahniah apek sebab gol anda tidak bolos mlm ini. haha. bekalan utk game rabu ni. yeah! mari bersemangat! ayuh kita! MALAYSIA BOLEH!!! :D

oh sekejap. song for me. because today is monday. :) 

And you ask me what I want this year
And I try to make this kind and clear
Just a chance that maybe we'll find better days
Cause I don't need boxes wrapped in strings
And designer love and empty things
Just a chance that maybe we'll find better days

So take these words
And sing out loud
Cause everyone is forgiven now
Cause tonight's the night the world begins again

I need someplace simple where we could live
And something only you can give
And thats faith and trust and peace while we're alive
And the one poor child who saved this world
And there's 10 million more who probably could
If we all just stopped and said a prayer for them

So take these words
And sing out loud
Cause everyone is forgiven now
Cause tonight's the night the world begins again

I wish everyone was loved tonight
And somehow stop this endless fight
Just a chance that maybe we'll find better days

So take these words
And sing out loud
Cause everyone is forgiven now
Cause tonight's the night the world begins again
Cause tonight's the night the world begins again



Better Days, Goo Goo Dolls




wish the day is perfect in every way...
Allah bless me. Allah bless all.


 love,
 myaada

wa sulaa ketinggalan zaman woo!


walla! eh assalamualaikum....weh korang wat aper cuti cuti ni weh? g suping suping ke deting deting ke..best ooi dpt kuar time time neh. otak aku tibe tibe dah jem dok umah lame lame ni..2 hari ni dok berebut pisang kat dapo tu ngn adek bongsu aku. naseb baik dia ada. kalo tak bosan terkontang kanting berlagak cam anak tunggal kat umah ni haaa.. bosankan life cam ni. rase cam nk suh ma aku beranak anak kembar tiga je.. baru la meriah family ramai ramai kat umah ni haa.. hahaha.. nak kena luku? mkn pisang byk jd betol2 dah malas sampai nak tulih belog malas weh*salahkan pisang*..memangla kalo dok umah lame lame camni ar jadi..0___O . adek aku dah balik ostel dah pun spm tak abes lg. tunggul lagi

tp aku ptg ni eksaited terlebih-lebih. eh tak. biase biase je pun. sebabnya? sebabbnya?? ehemm sebab aku dah dpt menda alah yg aku tunggu tunggu! saspen je tgok bungkusan. sampai tghari td. ehh ape ni ape ni? saspen saspen



gambar sengaja dibelerkan dikecikkan. waahh wat wat tatau ape de kat dlm tu..padahall..deng deng ni dia ni dia memperkenalkan...

cik kiah ayu - teman baru aku

gambar sengaja dibesarkan kehkeh

kahkahkah...memang ketinggalan zaman la mak cik nii... org dah pakai ipad iphone segala dah. kau baru nak pakai menda alah ni..hohohOO! model lama lak tuh!
bagus tak bagus tak..kan aku dh ckp aku mmg salu ketinggalan zaman bab bab nak pakai gajet jaget semua nie. tengok tengok ketinggalan zaman

haayy! aku dpt menda ni free der. sape nak bagi korg barang free beb! aku miskin hina weh mane leh beli menda menda alah camni..kan kan..org dah nak bagi amek je la kan..kann..hohO. alaa murah la skang ni. pi beli sorg satu pi. latest model lagi kiut miut aku rase

yg aku ni free je. aku dpt ipod free ni pon sbb ade join contest dekat APER?. korg penah masok tak website tu? kalo tak pegi join skang!*paksa neh* aper? tu cam laman sosial jgak la utk kita bersosial tanpa perlu pergi ke kelab malam camtu la lebey kurang*ceh* dia lebih pd share info n kumpul point. ader contest tak cam facebook. nak tau banyak korang gi terjah senirik yer. aku pun baru join. sebulan lebey. pastu terjoin contest dan ter-dapat ipod ni. tmpat ketiga je pun. boleh la shuffle gaya gaya aril af tu kan pasnie...eksesais kunun.. boleh store banyak stok lagu lagu indon ni beb! suka. lagu rock semangat zaman pendekar platinum 2 3 cd tu muat kalih. oh eksaited eksaited. tambah lagi lagu linkin park muse green day goo goo dolls lagi. penoh penoh konpem. pastu bila nak tambah bacaan alquran 30 juzuk abdul rahman sudais nye? erkkk.. tak pun asmaul husna jadik le...T______T

memperkenalkan APER? *ke korg dah tau?aku nyorok la ye*

aku kan berlagak la nak dptkan nano tu sbb ia comel lagi. kiut cam bisekut. dpt psp ke boleh aku riak bangga sikit. lol! bersyukur bersyukur.haha. weh aku guna nama samaran dak baik utk berpura-pura nerd baik bg menarik simpati kasihan geng aper kasi adiah tu kat aku..muhahaha! kalo korg dah join add le aku. kita bersosial kat sana.


aada's ipod and aada's lappy

bergabung meletop! macho tak cik kiah berganding bahu bersama mael? :)))

wat geng aper time kasih weh bg aku shuffle ni walopon aku ade masalah nak sumbat earphone kat tinge. rase nak salotip je earphone tu sbb tak mau lekat kat tinge aku nih. asek asek jatoh je. sape tak geremm kann! akak yg call aku tu cam tau2 je..anta warna ala-ala pink..merah jambu gelap. padahal tak request kaler pun. hihih. last nye, geng aper memang sempoi abes ah. time kasih daun keladi, sy nak lagi. bersyukur rezeki Allah alhamdulillah....tata

pssttt: aku ngah bersemangat nk join contest nih. ape lagi contest yg ade?? offer offer cepat. gian nak masuk ni weh..hahahaha!


jgn bikin penasaran dong!,

myaada

ianya kekuatan kita... bukan ke begitu?

"Sy dah puas doa tp Allah tak makbul" - luah klien via chat YM mlm td.Jgn pertikai kerja Allah! Terus berdoa tanpa putus asa kerana itu kerja kita. Kalau doa cepat makbul, tanda DIA sayang. Bila doa lambat makbul tanda DIA rindu & kasih, inginkn kita sntiasa berdoa kpd-NYA. Bila doa tak makbul tanda DIA punya perancangan lebih baik utk kita. Percaya dan yakinlah!!" - petikan dari fb puan suzana ghazali -

apa ada dengan serangkai doa? jgn perlekehkan setiap rangkaian doa kita untaikan karna ia senjata utama kita. ia kekuatan kita. titipkan rasa syukur dgn doa. rasa terima kasih kita padaNYA dgn doa. jgn sombong. jgn berlagak. jgn takbur tahu. dan jgn pula tatkala butuh akn pertolonganNYA lalu doa itu dikirim. tika senang kamu alpa. lupa sejenak. wajarkah? Allahu Akbar. memujaNYA begitu indah. kannn...


“(Dan) Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan bagimu.” (QS. Al Mukmin : 60)

pasti bukan semua keinginan termakbul  terus. sabar lah. kan sabar itu separuh dari iman. separuh itu sebahagian. takkan semua nak cepat. teruskan berdoa. lagi lagi dan lagi. non-stop. jangan berhenti. percayalah. akan termakbul juga. lambat atau cepat je. DIA sdg uji sabar dan setia rindu kasihnya kita padanya  :). insyaallah

selamat awal muharram kalian. semoga tahun baru ini membuka lembaran baru yg indah buat kita semua. doakan thn ini memberi penuh ketenangan dan kegembiraan buat semua muslimin muslimat sekalian.amiiin. maafkan khilafnya. jgn lupa ye. berdoa. karna doa senjata mu'min. senjata kita. kekuatan kita. jiwa kita juga. jaga diri. tataaa


♥ yang khilaf,

myaada