Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Bukan den nak koba apo cumo nyo nak ucap selamat hari Malaysia. Syukur Alhamdulilah masih laie bulih idup dibumi bertuoh ni. Bersatu ummat bercorai borai jangan. Den tak do nak tulis apo laie ekau donga la lagu ni. Sonang ati yo cuti panjang bulih poie rumoh tebuko lah..=)



myaada

simpulnya rapi

Hari raya hari penyatuan, hari kemaafan, mengeratkan silaturrahim, muhibbah dipupuk. Masa berganti, tahun berlalu moga ikatan kekeluargaan, ukhuwwah ini berkekalan dibawah naunganNYA. Amin Ya Rabbal A'lamin...

sebelah Abah - Aidilfitri 2009
sebelah Ma - Aidilifitri 2011












































Ramai lagi yang tak ada dalam gambar. Bilangan ahli makin bertambah. Dari keluarga asas ke kembangan. Dari mak ayah ke cucu cicit. Begitu seterusnya. Moga tersimpul rapi. =)


♥,


myaada

Salam Hari Raya



Selamat beraya...maaf atas segala.


تقبل الله منا ومنكم
تقبل ياكريم
كل عام وانتم بخير

  

Dari saya,
myaada

Hujan Ramadhan


Assalamualaikum...

Hujan lebat kat luar tu. Tengahari dah. Langit gelap dari tadi. Jumaat hari ni.Umpama menangisi pemergian Ramadhan Karim. Semoga hujan yang turun pada Jumaat terakhir Ramadhan ini membawa seribu rahmat dariNYA untuk kita para hambaNYA. Dalam kesibukan, kegembiraan menyambut lebaran yang bakal tiba, masih ada baki lagi dibulan yang mulia ini. Moga ianya tak disia-siakan, dibiar pergi begitu sahaja. Belum tentu Ramadhan yang mendatang dapat dinikmati.



Salam Jumaat,
myaada

kesal


kesal dengan manusia yang angkuh
kesal dengan manusia yang berlagak
kesal dengan manusia yang sombong
kesal dengan manusia yang bongkak
kesal dengan manusia yang hidung tinggi
tak perlu nak dibanggakan sangat apa yang kau ada
kau tahu resmi padi
makin berisi makin runduk
makin tunduk makin berisi








ps:tak semua manusia.minta dijauhkan sebegitu.amiin.

myaada