Pengacara Jemputan NONA 2012




Akhirnya kembali. Setelah sekian lama. Nona adalah program yang sangat best. Dulu selalu tunggu depan tv. Sebab apa? Sebab nak tengok Juma. haha! Hoh ! Datin Normala dengan Datin Juma je kot yang masih ku ingati. erk!



Tahun ni NONA dah buat balik Pengacara Jemputan NONA 2012. Wah tak sabar nak tengok ni! Mesti ramai peserta yang berbakat akan sertai. Ye PJN rancangan realiti yang lain dari yang sedia ada. Pendapatku sendiri, suka tengok NONA dahulu sebab dari sisi pengacara itu sendiri penuh dengan 'kelembutan' serta 'keanggunan' diri dalam mereka mengacarakannya sehingga dapat menambat hati penonton sepertiku untuk terus terlangak didepan tv tu. eceh.

Besok dah start ujibakat zon Timur di Kelantan. Ayuh la wanita sekalian. Tonjolkan bakat anda. Keluar la mengundi pi ujibakat besok ye.

Wanita-wanita kat luar sana yang nak sertai ujibakat Pengacara Jemputan NONA, ini dia tarikh dan lokasinya. Semak tarikh dan lokasi  ujibakat Pengacara Jemputan NONA 2012 di tempat anda.


•HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BHARU : 9 PAGI - 5 PETANG (6 OKT 2012)
•HOTEL THE REGENCY, ALOR SETAR : 9 PAGI -5 PETANG (13 OKT 2012)
•HOTEL M SUITES, JOHOR BAHRU : 9 PAGI - 5 PETANG (21 OKT 2012)
•SRI PENTAS : 9 PAGI - 5 PETANG (28 OKT 2012)

fm

Kelayakan:
• Wanita berusia 18 - 28 tahun
• Warganegara Malaysia
• Pendidikan minima Diploma

Sila Bawa:
- Resume
- Gambar berukuran 3R


Untuk kalian yang bakal sertai, be well prepared semuanya. All the best and be yourself. Semoga NONA terus maju menambat hati :)



♥, 


  myaada

A moment to remember


A memory on the edge of time 
A place where we are so sublime,
A distant dream on a midnights eve
somewhere far from acknowledged leaves.

A time in which we fell deeper in love

just like to turtle doves.
We sang our songs and gave our token
to remember one single moment
::Trista Moss::




Had a dream last night. Beautiful dream.
Think I can hold it this far.
Each and every night, I asked. Pray.
To see a smile.

To the moon and the stars.
And this feeling will go on.
May Allah bless on every step in life, the whole life.

Pagi-pagi hujan. Tergamit. Indah sungguh.
Coretan untuk diingati. Dan mengingati.
Pada 26 september ini.



♥,  


myaada

Adam ♥ Hawa


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم



Nadiya Nissa memang buat mataku berair..T_T. Emo.


Malam ni tak ada kat tv. Macam lambat je minggu depan. Haha. Semata-mata Adam dan Hawa. Memang tak sabar kan nak tunggu setiap episod. Setengah jam macam tak cukup je. Walau dah tahu ending macam mana, still tunggu nak tengok drama ni jugak. Sebab best. Setelah drama Bicara Hati kukira tak menusuk kalbu sangat. Personal opinion.

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati - muara hati


Dimana bumi kau jejak,
Tetap singgahmu pada dia,
Meski diuji,
Cinta Ilahi terpatri,
Moga Syurga ketemu nanti.



Happy weekend dan selamat hari Malaysia, Malaysians!



♥, 

myaada

Good Luck!


بسم الله الرحمن الرحيم  dan السلام عليكم

Hari ni dah start UPSR kan. Excited plus berdebar-debar nak jawab exam, sudah tentu. Semua pernah melalui situasi yang sama. Tapi more kepada excited sebab lepas exam boleh main! Haha!

Hmm sudah lebih 15 tahun rupanya meninggalkan zaman sekolah rendah. Kenangan bersekolah yang sudah pasti tak dapat dilupakan. Amat pasti. Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik. Allah saja mampu membalasnya. Kawan-kawan juga. Masih lekat diingatan.

Buat adik-adik yang ambil exam hari ni, all the best! Usaha diiringi doa. InsyaAllah kejayaan milik kalian.


Budak 2 orang ni dah besar!


Good luck Aina, Aifa and Kak Ngah!


♥, 

 myaada

من العائدين والفائزين

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat di penghujung Ramadhan. Semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan Allah. Sejenak ia berlalu pergi. Pertemukan kami dengan Ramadhan yang akan datang Tuhan. Ameen.

Dikesempatan masa, ruang dan ketika, mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat yang menyinggah. Maafin salah silapnya.





من العائدين والفائزين
ﺗﻘﺒﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻨﺎ ﻭﻣﻨﻜﻢ ﺗﻘﺒﻞ ﻳﺎ ﻛﺮﻳﻢ
     

Minal 'Aidin wal Faizin. Taqobalallahu minna wa minkum, taqabal yaa kareem.


♥,

myaada