Kaz Patafta


Demam Piala Malaysia itu hari dah berakhir tapi belum terlambat nak ucap tahniah lagi sekali buat skuad Tok Gajah. Tahniah fans Pahang.




Macam kenal tak? Macam sape-sape tak? Dah gambar siapa pulak pi tampal sini.Haha! Okey. Kaz Patafta. Nama dia Kaz Phonesak Patafta, 25 tahun. Sama negara dengan Petratos dari Australia. Dia ni midfielder kalih. Best ke tak best ke tunggu tengok la kalau jadi main.


Harap line up 2014 lagi best untuk TRW. Patah tumbuh hilangkan berganti. Eh aku pulak yang beriya-iya.Haha! K bye.


#GKG #SHM #COYG #TRW #HM #ARSENAL

*sori dah terpesen suka ati pegi letak hashtag dalam blog pomm. mahapkan saya* :D


 ♥,

  myaada

Happy Awal Muharram 1435H


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم





Bersempena tahun baru 1435H, salam Maal Hijrah diucapkan. Sama-sama menanam azam dan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik disisiNya. InsyaAllah

Alhamdulillah 'Ala kulli hal. Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah dalam setiap keadaan. Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmatNya.

Keep smiling because life's a beautiful thing and there's so much to smile about. :)

Sengih senyum simpul :D



 ♥,

  myaada

Salam Aidilfitri


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Minal 'Aidin wal-Faizin.

Pagi raya update blog. :D.

Tiada ada apa,  cuma taipan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin kalian. Beraya elok-elok, makan elok-elok, pandu kereta pun elok-elok. :). Makan apa-apa dulu sebelum ke masjid tu. Kurma sebiji pun cukup lah.





Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum . Kullu am wa antum bi-khair'.

Jemput jemput makan ketupat kuih berbalang atas meja. Haha. Ok assalamualaikum. Selamat beraya.



 ♥,

  myaada

Ramadhan Checklist


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Tarikh puasa dah diumum. Alhamdulillah. Ramadhan menyapa. Malam ini dah boleh terawih. InsyaAllah.



Bila sebut checklist Ramadhan ni, teringat Fend, Chad, K2 dalam contengan jalanan. Kisah bertauladan. Tua-tua macam ni boleh masuk lagi dengan tulisan Hlovate. Thanks penulis.


"The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"


IKRAM

Google

Contoh-contoh checklist. Banyak version. Google je. Boleh edit tambah mana perlu. So, dah boleh dah print. Buat setakat termampu. InsyaAllah. Sama-sama menghidupkan Ramadhan. 

Untuk yang menyinggah, salam Ramadhan. Mohon maaf tersalah kata, tersalah tulis ke apa dalam blog ni. Semoga mendapat rahmat, maghfirahNya. Ameen  :)






 ♥,


  myaada

Ketam Goreng


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم



Ambil siap-siap ketam dalam peti sebelum ma buat gulai. Oh goreng lagi sedap kot dari gulai. Lain orang lain minat. Nak makan yang goreng kena buat sendiri lah.




Halia tadak, lada kering tadak. Campak yang mana ada.

Jom. Mari meratah.




♥,
  myaada