Repair Phone Bergerak Penang

Assalamualaikum. Post khas untuk warga Penang yang tengah cari tempat nak repair handphone korang yang problem tu. Korang boleh hantar repair dengan fixfonepenang owner dia Amier. Ummi jumpa dekat Instagram terus amek nombor whatsapp. Yang bestnya fixfonepenang ni offer servis repair phone bergerak kat area penang ni. So korang tak perlu sesusah nak keluar rumah nak hantar repair phone tu. Just whatsapp nanti owner datang ambil. Cas pun tak de lah melampau kay.


Macam Ummi punya handset pun sekejap je Amier repairkan. Datang ambil petang Sabtu, Ahad tengahari siap mai hantar dah. Semua elok balik. Tak susah kami nak gi cari kedai dah. Hehe. Tunggu depan rumah je.




Ummi punya Samsung A7 ni rosak camni. Jatuh punya pasal. Asal sikit je tu. Lama-lama merebak. Sebelum dia tutup penuh screen tu, baik lah repair handphone ni.

Dan yang bestnya lagi, korang boleh je request nak Face-to-Face repair handphone korang tu. Nak tengok owner dia repair sendiri depan mata. Macam-macam problem phone dia boleh tengok.

Kalau nak tengok details lagi sila jenguk IG fixfonepenang (@fixfonepenang ). Harga repair phone insyaAllah berpatutan.

Tu je la nak update kali ni. Jumpa lagi naa!

Resepi Mee Kuah Kelantan Versi Ummi

Assalamualaikum kengkawan. Hai dari belog Ummi Awesome. Lama kan menyepi. Hehe. Pembuka tirai posting 2019 hari ni ummi nak share resepi mee kuah kelantan yang simple tapi sedap. Mengidam betul nak makan Mee Kuah versi Kelantan ni. So petang semalam kita masak mee kuah kelate buat makan petang. Resepi mee kuah kelantan ni paling simple dan senang yakmat nak buat. Yang penting SEDAP! Lol!




Resepi Mee Kuah Kelantan Mudah dan Sedap


Bahan-Bahan

1 peket mee kuning 
Bawang Putih 
Lada Hitam 
Bawang Besar Holland
Hirisan Ayam (Boleh ganti daging, udang etc.)
Sayur (Ummi guna sawi dan kangkung)
Cili Merah Besar
Kiub ayam (optional)
Garam
Gula
Air
Telor



Tambahan

Limau nipis
Cili api
Bawang Goreng





Cara-Cara

Mee Kuning
▪ Dicelur


Bahan Tumis

▪  Masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam. Masukkan hirisan bawang Holland. Tumis sampai naik minyak.

▪ Masukkan hirisan ayam. Masa ni ummi dah buh garam nak bagi ayam tu terperap elok ada rasa.

▪ Tunggu ayam tu masak elok, kemudian masukkan air anggaran 3-5 gelas (lebihkan kalau nak kuah banyak). Perasakan dengan garam, gula atau kiub ayam.

▪ Agak-agak dah menggelegak, baru masukkan telor ayam dan jangan kacau. Bagi telor tu masak elok. Kemudian masukkan batang sawi dan kangkung serta hirisan cabai besar. Tutup api, kemudian boleh la masukkan dedaun sayuran tu.

Siap!


Cedok masuk mangkuk beserta dengan mee yang telah dicelur tadi. Nak lagi sedap, perah la asam limau dan tabur cili padi dan bawang goreng sikit. Setengah orang suka tambah kicap dan sos. Ni Muhammad Fayyadh pun sama. Tak leh tinggal kicap dia 😂. Terpulang la rasa masing-masing.

Helok tak mee kuah ni? 😆




Senang sangat nak buat mee kuah kelate ni. Sebab teringin nak makan, tu yang balik kerja petang kita masak jap. Hilang mengidam. So selamat mencuba untuk korang!

Jumpa lagi ❤





Salam Aidilfitri : Kelebihan Dan Fadilat Puasa 6 Di Bulan Syawal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya buat korang yang sudi jenguk-jenguk ke sini. Since masih dalam Syawal lagi kan kita ni. Walau di penghujung hujung dah ni :).

Sebenarnya sebelum ni niat nak pos entry pasal Kelebihan dan Fadilat puasa Enam ni sebelum berlalu Syawal. Tapi dok terperam sampai la nak habis bulan raya dah. Ampun maaf ya. Walau bagaimanapun kita post juga la ya sebagai penambahan ilmu orang kata. Tapi sempat lagi kita start puasa 6 esok. Kena straight sampai la Khamis depan. Hehe.




Okey la. Jom kita ketahui berkenaan Kelebihan Puasa 6. Kredit kepada blog ilmiah shafiqolbu. Moga Allah merahmati.


KELEBIHAN DAN FADILAT PUASA ENAM


Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”   (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:

Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.


PAHALA SETAHUN PUASA


Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.  Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”  – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.
.
.
Macam mana nak puasa enam?

CARA PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:

1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.


Lafaz niat puasa enam;




Kena puasa berturut-turut ke?




Bagi kita geng perempuan yang biasanya akan ada hari-hari kita 'mc' puasa. So, macam mana nak puasa ganti dulu perabih ke camna?

QADA’ DAN PAHALA SUNAT

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

.

Pendapat Datuk Mufti  Wilayah Persekutuan.



.
.
Jom kita sama-sama rebut peluang hingga ke penghujung insyaAllah. Segala yang baik itu datang daripada Allah jua.

Salam Aidilfitri sekali lagi. Mohon maaf lahir batin dari saya. Jemput follow saya di Instagram @aada.ummiawesome dan @publicgold.ummiawesome.

Hingga jumpa lagi. Bye!

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang - Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah ni, tetap dalam mood cuti jugak walaupun cuti 2 hari weekend ni je. Hehe. Korang bercuti ke mana? Ada plan bercuti ke Penang? Kalau korang ada singgah bercuti di Pulau Pinang Pulau Mutiara ni, sila lah menikmati pelbagai menu makanan yang ada di Penang ni tau. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best di Penang ni. Cuma buat masa ni saya senaraikan yang ni je dulu 7 tempat makan best dan menarik di Penang yang boleh korang cuba.




Penang memang terkenal dengan Nasi Kandar, Nasi Dalca dan Laksa Penangnya. Itu memang tak boleh dinafikan. Ada banyak restoran nasi kandar di Penang ni yang korang boleh cuba bila datang bercuti ke sini.

Selain tu, korang juga boleh nikmati Pasembur juga di Penang. Emmm boleh naik badan dok sini lama-lama. Hehe.

Ok lah. Jom saya share 7 tempat makan di Penang yang korang boleh singgah makan bila turun ni.

7 Tempat Makan Menarik Dan Best Di Penang Pulau Pinang


1. Mee Udang Pulau Aman ( Warung Kak Timah)



Kalau berkunjung ke Penang, jangan lupa singgah di Pulau Aman. Dekat dah dengan Penang Premium Outlet Design Village. Nak ke Pulau Aman korang kena naik bot ya. Tak lama pun atas bot tu. Kurang 10 minit dah sampai Pulau Aman.



Salah satu tempat makan di Pulau Aman yang korang boleh try bila berkunjung ke Pulau ni ialah Warung Kak Timah. Lokasi berdekatan dengan masjid. Means bila sampai je kat jeti Pulau Aman tu, korang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Laluan sekolah. Betul-betul berdekatan masjid Pulau Aman.


Kalau pergi awal sebelum zohor, ada la menu nasi lauk ikan udang fresh-fresh. Kami pergi petang dah. So makan apa yang ada. Mee udang, kue tiaw udang dan udang celup tepung. Pon sodap makan panas-panas.


2. Laksa Tempurung Penang Ombak Damai




Rugi tak pekena Laksa Tempurung Penang! Makan menghadap laut. Pekena dengan ABC, coconut shake tambah cendol buat korang makan bertambah lah!





Lokasi di Gertak Sanggul Pantai Ombak Damai.


3. Nasi Kandar Ahmad


Lokasi Restoran Nasi Kandar Ahmad adalah di Simpang Ampat. Kalau ikut highway, exit tol Bukit Tambun dekat dah. Tiap hari ramai je customer datang. Ahad tutup.

4. Arango Roti Bakar Arang

Nak try makan roti pelbagai style dan rasa, korang boleh berkunjung Arango Roti Bakar Arang di Kepala Batas. Roti kuah meleleh. Pergi breakfast sini berbaloi sangat.



Tapi kalau nak try pelbagai menu western ada juga dorang sediakan di kafe dorang Arango Cafe.

5. Big Bob Cafe


Yang ini juga salah satu port makanan Western yang best di Penang. Kenapa best? Sebab portion makanan dia besar-besar. Hehe.



Biasa juga kami pergi yang kat Bigbob Cafe Perda. Lokasi di Medan Perniagaan Taman Pauh Jaya berdekatan butik Malvita Penang.

Sekarang rasanya tutup dah. So korang boleh ke Bigbob Cafe Bertam.


6. Nasi Kandar Beratur


Kalau pukul 12 malam korang ke sini dan nampak ramai orang tengah beratur, jangan lah pelik. Memang kena beratur panjang kalau ke sini nak-nak time holiday. Tapi lenguh berdiri beratur tu boleh hilang bila dah pekena Nasi Kandar Beratur Penang ni. Berbaloi beratur panjang!



Lokasi bersebelahan Masjid Kapitan.

7. De Pauh Garden Restaurant & Cafe


Lokasi di Permatang Pauh. Menu tempatan dan Western disediakan disini. Tempatnya selesa, besar dan luas.  Bagi yang berkeluarga ada anak kecil, tak da masalah buat makan-makan kat restoran De Pauh Garden Penang ni.




Okey itu saja yang dapat saya share tempat makan di Penang . 7 tempat makan je lah saya share. Ada masa nanti boleh kita share lagi pasal tempat makan best di Penang ni.

Yes ada banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Penang ni selain 7 tempat makan best kat atas ni. InsyaAllah lain waktu kita share lagi.



So selamat bercuti dan selamat menjamu selera menikmati hidangan makanan best-best tempat korang pi tu ya! Oh ya time bercuti ni pun jangan lupa apply sunblock bila keluar. Skincare masa travel dan bercuti jangan lupa bawa ya 😉.



Bye dan selamat bercuti!

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak

Cara BukaAkaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 

Mesti dah biasa dengar kan tentang AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera ni. Pernah tengok tak iklan terbaru Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB ) yang paling latest kat tv tu?

Tiga orang rakan sekerja yang berangan-angan nak buat apa dengan duit gaji dorang tu nanti. Sorang nak beli superbike, sorang nak pergi bercuti dan sorang lagi nak makan sedap-sedap. Hehe macam-macam.

Last-last Neelofa mencelah suruh simpan sikit dalam AHB. Iklan tu menarik. Sempoi ja. Sebelum ni pun ada lagi iklan-iklan AHB dekat tv. Yang makcik dekat stesen minyak dan pergi melawat bangunan tu. Pun menarik iklan AHB ni.





Ramai yang dah tahu kan AHB adalah salah satu medium pelaburan untuk Bumiputera. Cuma yang ni kita melabur dalam sektor hartanah. Dan yang paling BEST kita boleh mula melabur dan buka akaun AHB ni cuma  dengan RM100 saja. Ya masa awal-awal dulu dalam RM500 kalau tak silap.

Mak-mak yang rasa nak try simpan duit anak-anak dalam AHB ni pun boleh. Sebab AHB ada juga tawarkan Akaun Remaja (Kanak-Kanak/ Remaja ). Akaun Remaja AHB ni untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan keatas sehingga di bawah 18 tahun. Kira AHB ni salah satu cara simpan duit atau medium  simpan duit untuk anak-anak yang mak boleh consider.


Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 


Minggu lepas hari Jumaat, curi masa rehat panjang tu kejap pergi Maybank untuk buka akaun AHB untuk Muhammad Fayyadh sebelum cukup umur dia dua tahun 9 Oktober 2017. Ni kira tabung kedua Muhammad lah selepas Tabung Haji.

Another medium yang kami pilih untuk simpanan masa depan insyaAllah. Yang next-next masih dalam planning. Hehe.


So, macam mana cara nak buka Akaun AHB untuk anak? Di bawah ni saya ringkaskan step untuk buka akaun AHB untuk anak.

1. Mula-mula sekali sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum pergi ke bank. Fotostat siap-siap lagi senang. Dokumen original  bawa sekali.

- Salinan IC / Kad Pengenalan penjaga  ( ibu/ayah )
- Salinan MyKid anak
- Salinan Surat Beranak Anak
- No Akaun Bank ( Tulis atau simpan dalam handphone siap-siap )



 2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau AMbank. Saya prefer Maybank. Setakat ni 2 bank ni sahaja lah distributor untuk unit amanah AHB ni. Terus ke Kaunter Pertanyaan dan beritahu pegawai kaunter tu kita nak buka akaun AHB. Nanti dia akan panggil Eksekutif Kewangan untuk sesi rundingan.

3. Jumpa pegawai yang incharge. Pegawai ni akan terangkan lebih details pasal AHB. Korang boleh dapatkan penjelasan berkaitan macam mana dana AHB ini diuruskan, tarikh agihan dividen,  kadar dividen dan lain-lain. Tanya je kat dorang semua yang korang nak tahu details pasal AHB ni.

4. Kalau dah faham dan bersetuju, dia akan bagi borang pendaftaran AHB untuk diisi. Untuk anak remaja, nanti dia akan bagi Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera ( Akaun Kanak-Kanak / Remaja ) macam gambar kat bawah ni. Untuk dewasa macam kita ni, ada Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera Akaun Dewasa.



Dalam borang ni ada disuruh isi nombor akaun bank kita untuk tujuan pengkreditan dividen. Rujukan bulatan merah di atas. Dividen nanti terus  masuk akaun kita ya. Saya suggest guna akaun Maybank jugak ( kalau buka di Maybank). Bank lain boleh juga tapi akan ada caj lah yang dikenakan. Tak sure pulak berapa. Nak buka akaun Maybank baru pun boleh kalau takut duit bercampur aduk duit bisnes ke duit gaji. Haha.

Take note ya. Untuk akaun anak, boleh diisi dengan nombor akaun bank ibu/ayah.


Borang yang lengkap diisi tu diserahkan kepada pegawai tadi bersama dengan Kad Pengenalan kita, original dan salinan MYKid dan surat beranak anak.




5. Last sekali, isi borang pelaburan tambahan AHB macam dalam gambar (Yang ni cash la ya. Yang invest pakai KWSP kena buat lain). Borang ni nanti pegawai tu akan bagi. Buat pembayaran jumlah pelaburan  kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.

Salinan borang ni kena simpan tau  sebagai rujukan di masa hadapan nanti. Dorang tak keluarkan buku ke apa. So simpan lah salinan borang pendaftaran ni ya.

Segala urusan samada nak buka akaun AHB ataupun nak tambah pelaburan AHB hanya boleh dibuat di kaunter.

So rasanya tu je lah yang boleh saya share step nak buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk anak. Kalau berminat boleh la rujuk bank yang berhampiran (Maybank atau AMBank). Cuma tak sure juga dah penuh ke belum fund ni. Apa pun sila rujuk bank yang terdekat ya.