Lagi bape minit nak kul 12...smpat lagi update blog...
Sebelum masok esok hari, baik juga mengupdate blog utk mengucapi selamat hari lahir tok diri sendiri...haha....cam poyo jerkk...huhuhu... tak keysah laa kan... Janji bahgia.. ('0')
Okey Dear,
A Sweet Happy Birthday to you.May all ur birthday wishes come true. Its not just a year older, but a year better.tak dpt pon kek cokelat camtu Iskk!Semoga makin matang mengiringi usia.. Allah bless...
:: Terima kasih Ma n Abah krn melahirkn dan mmbesarkan aku...Hmmm...bley ker clebrate bufday dgn suping2 kain kt Nilai?? Tskkk....
Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”
Jom lihat apa sebenarnya kisah disebalik hijrah Nabi SAW..
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.
Kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Ketiga,permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Walau ape pun, brsempena kehadiran tahun baru ini, mari la kite same2 mghayati erti penghijrahan yang sebenar... Tepuk dada, tanya iman..
Wallahua'lam..
::Salam Maal Hijrah utk sume..semoga diberkati ALLAH sentiasa...Amiinn..
Raya Haji datang lagiii...
Okey...sempena hari yang mulia ini bersamaan dengan 10 Zulhijjah, selamat hari raya Iduladha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat....Semoga amalan dan pengorbanan diterima serta diberkati yang Maha Esa... Dan didoakan buat semua jemaah haji, moga mendapat haji mabrur..Insya ALLAH...Amiinn...
SALAM AIDILADHA ,
Laaa......dah lame tak terupdate blog ni upernyer.... lebih 2 bulan dah?? Cam tak caye je....hehe....
Aduuhh.... kan bagus kan kalo otak kite ni terus proses maklumat pastu send terus kat blog...tayah taip2 kan.... ooowwhhh...senang nye idup....
Diary dearest,
sory coz tak konsisten nak update blog ni.... sory 150x..... Lepas ni saye janji tak wat lagi... I'm promise....
:: boleh caye ke...kalo facebook ari2 pon boleyyy!!!
('_')