Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak

Cara BukaAkaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 

Mesti dah biasa dengar kan tentang AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera ni. Pernah tengok tak iklan terbaru Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB ) yang paling latest kat tv tu?

Tiga orang rakan sekerja yang berangan-angan nak buat apa dengan duit gaji dorang tu nanti. Sorang nak beli superbike, sorang nak pergi bercuti dan sorang lagi nak makan sedap-sedap. Hehe macam-macam.

Last-last Neelofa mencelah suruh simpan sikit dalam AHB. Iklan tu menarik. Sempoi ja. Sebelum ni pun ada lagi iklan-iklan AHB dekat tv. Yang makcik dekat stesen minyak dan pergi melawat bangunan tu. Pun menarik iklan AHB ni.





Ramai yang dah tahu kan AHB adalah salah satu medium pelaburan untuk Bumiputera. Cuma yang ni kita melabur dalam sektor hartanah. Dan yang paling BEST kita boleh mula melabur dan buka akaun AHB ni cuma  dengan RM100 saja. Ya masa awal-awal dulu dalam RM500 kalau tak silap.

Mak-mak yang rasa nak try simpan duit anak-anak dalam AHB ni pun boleh. Sebab AHB ada juga tawarkan Akaun Remaja (Kanak-Kanak/ Remaja ). Akaun Remaja AHB ni untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan keatas sehingga di bawah 18 tahun. Kira AHB ni salah satu cara simpan duit atau medium  simpan duit untuk anak-anak yang mak boleh consider.


Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Anak 


Minggu lepas hari Jumaat, curi masa rehat panjang tu kejap pergi Maybank untuk buka akaun AHB untuk Muhammad Fayyadh sebelum cukup umur dia dua tahun 9 Oktober 2017. Ni kira tabung kedua Muhammad lah selepas Tabung Haji.

Another medium yang kami pilih untuk simpanan masa depan insyaAllah. Yang next-next masih dalam planning. Hehe.


So, macam mana cara nak buka Akaun AHB untuk anak? Di bawah ni saya ringkaskan step untuk buka akaun AHB untuk anak.

1. Mula-mula sekali sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum pergi ke bank. Fotostat siap-siap lagi senang. Dokumen original  bawa sekali.

- Salinan IC / Kad Pengenalan penjaga  ( ibu/ayah )
- Salinan MyKid anak
- Salinan Surat Beranak Anak
- No Akaun Bank ( Tulis atau simpan dalam handphone siap-siap )



 2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau AMbank. Saya prefer Maybank. Setakat ni 2 bank ni sahaja lah distributor untuk unit amanah AHB ni. Terus ke Kaunter Pertanyaan dan beritahu pegawai kaunter tu kita nak buka akaun AHB. Nanti dia akan panggil Eksekutif Kewangan untuk sesi rundingan.

3. Jumpa pegawai yang incharge. Pegawai ni akan terangkan lebih details pasal AHB. Korang boleh dapatkan penjelasan berkaitan macam mana dana AHB ini diuruskan, tarikh agihan dividen,  kadar dividen dan lain-lain. Tanya je kat dorang semua yang korang nak tahu details pasal AHB ni.

4. Kalau dah faham dan bersetuju, dia akan bagi borang pendaftaran AHB untuk diisi. Untuk anak remaja, nanti dia akan bagi Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera ( Akaun Kanak-Kanak / Remaja ) macam gambar kat bawah ni. Untuk dewasa macam kita ni, ada Borang Pendaftaran Amanah Hartanah Bumiputera Akaun Dewasa.



Dalam borang ni ada disuruh isi nombor akaun bank kita untuk tujuan pengkreditan dividen. Rujukan bulatan merah di atas. Dividen nanti terus  masuk akaun kita ya. Saya suggest guna akaun Maybank jugak ( kalau buka di Maybank). Bank lain boleh juga tapi akan ada caj lah yang dikenakan. Tak sure pulak berapa. Nak buka akaun Maybank baru pun boleh kalau takut duit bercampur aduk duit bisnes ke duit gaji. Haha.

Take note ya. Untuk akaun anak, boleh diisi dengan nombor akaun bank ibu/ayah.


Borang yang lengkap diisi tu diserahkan kepada pegawai tadi bersama dengan Kad Pengenalan kita, original dan salinan MYKid dan surat beranak anak.




5. Last sekali, isi borang pelaburan tambahan AHB macam dalam gambar (Yang ni cash la ya. Yang invest pakai KWSP kena buat lain). Borang ni nanti pegawai tu akan bagi. Buat pembayaran jumlah pelaburan  kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.

Salinan borang ni kena simpan tau  sebagai rujukan di masa hadapan nanti. Dorang tak keluarkan buku ke apa. So simpan lah salinan borang pendaftaran ni ya.

Segala urusan samada nak buka akaun AHB ataupun nak tambah pelaburan AHB hanya boleh dibuat di kaunter.

So rasanya tu je lah yang boleh saya share step nak buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk anak. Kalau berminat boleh la rujuk bank yang berhampiran (Maybank atau AMBank). Cuma tak sure juga dah penuh ke belum fund ni. Apa pun sila rujuk bank yang terdekat ya.



Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Sedang berblog walking dan kemudian terserempak dengan blog comey  S.K yang sedang menganjurkan pencarian bloglist Sesi March 2017. Kita rasa macam waahhh...Nak join laa..sebab lama dah tak join segmen-segmen gini. Sejak kembali ke arena blogging ni, mood menaip dok mai je kan..Hehe. So kita join sekali lah :).

Lagi pun syarat-syarat untuk join segmen Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017 amat mudah untuk korang follow okey.





Nak tahu lebih lanjut tentang segmen ni, korang kelik je banner comel kat atas tu ye. Jom pakat ramai-ramai join segmen ni. Bukan saja dapat tersenarai dalam bloglist S.K tapi siap boleh dapat hadiah lagi tau!. Rugi tak join. Mana tahu kot rezeki dapat hadiah lagi kan. Hihi.


Syarat-syarat untuk join Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017 korang boleh refer dekat sini jugak.

Jom sama-sama meriahkan segmen ni.

Selamat berblogging sampai jumpa lagi. Bye!  

Meronda Di Design Village Penang

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua. Tengah buat apa? Siapkan kerja dulu baru boleh siap-siap balik rumah ye tak. Petang-petang macam ni, dengan cuaca sejuk ni menggugat jugak la ni..Hehe. Update blog sekejap dengan gambar di Design Village Penang ni. Saja la pi meronda cuci-cuci mata kat Design Village Penang ni hujung minggu lepas sebab dah dekat dengan rumah kan. 10 minit tak sampai nak pergi Design Village Penang Outlet ni. Tapi tak boleh selalu sangat la pergi meronda sini. BAHAYA. Bukan takat mata je yang dicuci. Dengan tangan dan poket sekali cuci😂😂😂.



Design Village Penang ni kira outlet mall yang pertama di Penang ni. Ia sama konsep je macam JPO dan Mitsui Sepang tu. Korang yang suka barang-barang cenggini boleh la mai shopping sini.



Dari pakaian, kasut segala, toys dan chocolates, jam dan minyak wangi. Sekadar yang ingat ada la butik Guess, Bonia, Padini, Sembonia, Hush Puppies dan tak ingat la yang lelain tu. Hehe. Korang boleh check kat FB Design Village Penang ok. Mak-mak boleh shopping. Ayah-ayah jaga anak-anak kat playstation 😜.



Pergi malam ke Design Village Penang ni cantik la sebab boleh tengok hiasan cahaya-cahaya lampu ni kan. Kali ni Design Village Penang dihiasi ayam besar sempena Tahun Baru Cina nanti. Bulan lepas Snowman dok ada.



Foodtruck pon ada disediakan.


Lokasi Design Village Penang adalah di Bandar Cassia Penang. Berdekatan jambatan kedua Jambatan Sultan Abdul Halim. Tempat ni tengok gaya memang dalam proses dibangunkan la. Tapak Ikea Penang dan Hospital Columbia pun disitu jugak.

Sikit masa Ikea Penang buka, kalau rezeki menetap disini lagi, hari-hari ummi ajak Muhammad Fayyadh gi cuci mata. Haha.

Jangan lupa kalau mai Penang singgah-singgah la sini ya. Oh ya kalau rasa nak COD produk Shaklee kat Design Village Penang ni jangan lupa contact saya. Alang-alang shopping baju-bajan, apa salah shopping vitamin sekali. Tak gitu 😉


Kalau nak order hubungi saja nombor di bawah ni:

📱WA 013 985 2827
📱WA 013 985 2827 
📱WA 013 985 2827


 ✏Follow IG @beautelicious.my
++++++++++++++++++++++++++++
 Aada ❤ 013 985 2827
#YourTrustedSID
++++++++++++++++++++++++++++

Tirai 2017 : Selamat Tahun Baru Dan Azam Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum buat pengunjung blog Ummi Awesome semua. Sebagai pembuka tirai 2017, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 buat rakan-rakan yang sedang membaca ni, walaupun dah masuk 5 Januari 2017 dah pun hari ni. Tak lambat lagi kan...masih mood tahun baru kot lagi semua..ye tak ye? 😉



So, macam mana momentum kita hari kelima ditahun baru ni? Ada yang dah speed laju-laju untuk capai azam dan target tahun ni? Atau ada yang masih ragu-ragu dan keep thinking eh apa aku nak buat tahun ni ya? Nak letak azam apa tahun baru ni eh..? 🤔

Haa...mana satu kita?

Kalau kita dalam golongan yang nombor satu tu, dah ada azam dan target nak capai, dah susun atur perancangan dan jadual kerja semua, Alhamdulillah tahniah! Just keep on track di laluan anda dan teruskan usaha untuk mencapainya.



Tapi belum terlambat untuk yang belum pun mulakan azam dan impian tahun ni. Ambil sehelai kertas dan pen, tulis la segala impian dan target kita besar-besar, kemudian tampal di sudut yang hari-hari kita boleh nampak tulisan tu. Tiap-tiap hari tengok apa yang kita nak tu, jadikan ianya inspirasi untuk kita terus tekun bekerja dan berusaha menggapainya.


Perlu Ke Ada Azam Tahun Baru?

Sesetengah orang berpendapat kenapa kena tunggu tahun baru, baru nak buat azam? Setiap hari pun boleh ada azam, setiap hari pun boleh kalau nak berubah, tak perlu kena tunggu tahun baru pun.



Ya betul.

Kita tahu yang kita perlu berubah pada setiap masa pun. Tapi bila ada tahun baru ni bak kata ustaz Zulramlie di Ikim.fm, kita jadikan ia sebagai SEMPENA, sebab bila ada sempena, kita ada TARIKH MULA. Justeru kita akan rasa lebih BERSEMANGAT untuk berubah ke arah kebaikan dan lebih positif untuk mencapai target hidup kita.

"Perkara yang terpenting yang kita kena betulkan sebelum membetulkan langkah ialah membetulkan NIAT.."

Apa pun azam dan target kita, saya pasti semuanya yang positif dan baik belaka. Biarlah apa yang kita buat dan inginkan tu KERANA ALLAH semata kerana disitu ada sumber kekuatan yang menjadi pendorong untuk kita terus kekal mengistiqomahkan yang BAIK insyaAllah.



Jangan lupa untuk sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah jua. Semoga DIA permudahkan urusan kita semua Ameen.


Azam tahun baru  saya?

BANYAK!

Salah satunya azam recycle tahun-tahun-tahun lepas : konsisten update blog. Hehe..yang ni konon-konon tiap-tiap tahun wajib ada. Rasanya tahun ni kena buat 47 Days Blog Challenge untuk diri sendiri baru dia jadi habit lekat rajin menulis. Will see 😎

Doakan saya.


Pelaburan Di Usia Muda : Apa Yang Perlu Kita Tahu


بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم


Pernah tak ambil masa duduk sekejap, merenung membayangkan apa yang akan terjadi pada diri sendiri jika diizinkan Allah umur kita masih panjang selang banyak tahun mendatang? 10 tahun misalnya. Atau 20 tahun? Atau 30 tahun akan datang?

Banyak sebenarnya kan perkara-perkara yang kita inginkan bermain di fikiran. Nak kejar itu nak kejar ini 😊.

Saya terbaca  satu artikel di Internet tadi mengenai pelaburan diusia 50an atau secara tepat tajuknya ialah ; Investing in Your 50s: 4 Practical Tips.

Secara ringkasnya ini lah yang dinyatakan :


"In your 50s, you’ll want to assess your retirement plan, lifestyle, future earnings, and support for your family. Then, practice goal-based investing to help ensure your objectives are met"


PELABURAN DIUSIA MUDA vs MATLAMAT YANG PERLU DICAPAI



Saya bukan lah pakar kewangan atau pakar pelaburan untuk menghuraikan macam-mana nak uruskan kewangan dengan baik atau nak bagi tips terbaik uruskan wang anda. Nak tahu tempat yang elok untuk melabur pun saya tak boleh cakap. Hehe.

Saya tahu setiap orang berbeza dalam pengurusan kewangan. Saya juga praktikkan pengurusan kewangan mengikut cara saya sendiri. Setakat ni Alhamdulillah masih mampu untuk diikuti.

Matlamat kita juga tidak sama kan. Ada yang ingin ada kediaman sendiri diusia tu, ada yang pencen nanti nak settle down balik kampung, ada yang nak meluaskan bisnes ke serata tempat dan macam-macam lagi.

Namun sekadar untuk perkongsian, saya senaraikan 4 perkara yang perlu difikirkan khususnya di tengah 20an lagi.

1) Dana Simpanan
2) Dana Kecemasan
3) Matlamat persaraan
4) Matlamat pembelian utama bagi apa-apa perbelanjaan yang besar dirancang, seperti rumah atau kereta.


Penting untuk merancang kewangan diusia yang muda. Tapi yang lebih penting  dalam kita merancang kewangan dan hidup, titik beratkan kesihatan sekali. Kesihatan itu lah anugerah yang tak ternilai harganya. Penjagaan dari sekarang InsyaAllah menjadikan kita lebih positif dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang.