Tudung Syria Chiffon : Kenapa Korang Kena Tambah Lagi Koleksi Tudung Syria

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai gais.



Dah shopping tudung baru untuk raya haji yang bakal tiba? Hihi. Ajom kali ni kita nak kenalkan korang dengan Tudung Syria Chiffon keluaran chenta qaseh edisi terbaru. Sangat lawa. Sangat cun. Sangat cantik!

Selalu kita dok pakai tudung syria cotton or tudung syria kain lycra je kan. Pernah tak korang pakai tudung syria material chiffon? So apa kata kali ni try pulak tudung syria chiffon  Ayris ni.






Tudung syria ni sangat unik tau. Diperbuat daripada  material CHIFFON high quality. Jarang sangat kita nak jumpa dengan tudung syria material ni kan. Lagi-lagi yang kainnya  tak jarang. Inner pulak kemas terletak. Tak de lah inner tu nak bergerak ke sana ke sini buat spoil mood sepanjang hari hehe.



Lagi pula, tudung syria Ayris ni  FREE size. Kelabuhan dia insyaALLAH menutup paras dada. sangat sesuai untuk gadis-gadis dan mommies.



Bila pakai tudung, selain aurat terjaga, mesti la nak nampak kemas. Jadi korang jangan risau nak pakai tudung syria chiffon ni. Yang penting, korang akan rasa nyaman, sejuk dan selesa sepanjang hari. Keselesaan maksimum gittu!




Yang best lagi pasal tudung ni, inner dia ada tali tau. So, korang boleh pakai inner tu longgar atau ketat level nya ikut keselesaan korang. Adjustable orang kata. Oh ya! Bukan 1 warna 2 warna je yang ada. Kita ada 10 warna tudung yang bakal menarik hati menggoncang jiwa dan raga. Senang cite, grab la seploh warna yang ada tu gais!



Tudung syria hijab plain chiffon ni sungguh cantik digayakan even dengan baju kurung mahu pun blouse atau dress. Pakai tudung syria plain ni dengan baju corak pun cantik. Nampak polos dan sangat ayu kan.



TUTORIAL CARA PAKAI TUDUNG SYRIA CHIFFON


Sangat senang gais nak pakai tudung syria chiffon. Nah, kitorang dah sediakan video tutorial cara pakai tudung syria chiffon khas untuk korang!

Boleh tonton sampai habis video tutorial tudung syria di bawah

 


HARGA TUDUNG SYRIA CHIFFON

Harga tudung syria exclusive ni berapa sis?

Sedang-sedang harganya dik. Kalau biasa korang akan beli dengan harga RM54, sempena promo time release ni depa bagi RM49 sehelai je. Ya RM49. Untuk inner dan outer. Bukannya inner ampa pergi beli asing pulak. Hehe.

Nak lagi untung, bila beli 2 pasang dapat la pula harga COMBO. Eh eh serius la RM94 je untuk 2 pasang. SERIUS.



Nak beli kat mana tudung syria chiffon ni?

Lawati instagram KOLEKSI TUDUNG SYRIA and join channel telegram https://t.me/ElleScarves.

Harga promo tu ada tempoh tertentu. Sila la grab cecepat!



Terima kasih sudi membaca bye!



Meet Our Second Hero : Muhammad Adam

Assalamualaikum semua 😊

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September dah kan kita. Emm ayat biasa bila start nak membelog setelah berkurun blog terabai 🤭. Entri pun tertunda dok peram kasi masak!Hehe

Alhamdulillah awal bulan Julai hari tu, ummi dah masuk kerja balik dah setelah cuti bersalin 3 bulan. Macam sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je lepas bersalin setelah 'berkampung' awal 24 hari di ward. 

Pengalaman mengandung dan bersalin yang memang tak boleh dilupakan. Dah la di warded awal. Penantian yang amat menyiksa jiwa dan raga ☺

Ya. Biasanya macam tu la kan mommies. Pengalaman lahirkan setiap anak berbeza-beza 🤗

Tanggal 04.04.2019, Alhamdulillah seorang khalifah Allah selamat dilahirkan, yang kami namakan dengan nama Muhammad Adam.

Masih ingat lagi saat disorong ke dewan bedah lebih kurang pukul 9 pagi rasanya dari ward tingkat 2. Sampai diluar dewan, tunggu turn sekejap sebelum dibawa masuk.

Perasaan masa tu? Ya Allah selamatkanlah.....


Tak ingat dalam berapa kali sedutan, terus 'pengsan' tak sedar apa. Lebih kurang jam 12 setengah tengahari terjaga, selepas dengar nurse panggil nama kat tepi. Alhamdulillah 😊

Makanya bertemulah kita, kenalkan second hero kami ni, Muhammad Adam ♥️

Assalamualaikum. Muhammad Adam in the house 😄

Ini kali kedua ummi kena bersalin secara caesarean.

Pengalaman kali pertama caesarean (emergency) anak pertama tahun 2015. Sekarang abang Muhammad Fayyadh nak masuk 4 tahun dah pun😊.

Hero kedua kami ni, Muhammad Adam lahir secara czer juga (emergency) dengan berat 2.92kg panjang 50cm mengatasi berat abang 2.72kg panjang 47cm. Menang kat adik hehe 😄.



Kedua-duanya czer sebab kedua-dua pregnancy ummi di diagnosed dengan uri di bawah. Prob kedudukan uri di bawah (Placenta Previa) semasa mengandung hero2 ni cuma type je berbeza 😊

Tapi Alhamdulillah semua dipermudahkan. Terima kasih Allah yang Maha Penyayang. Terima kasih kat docs dan nurses HSB terutama warga ward Kenanga 2D.


Tempah daripada POSTO CINTA 💕


Baby Adam lahir sihat cuma mengalami prolong jaundice dan sempat bermalam di NICU semalaman diawal kelahiran. Selepas raya Aidilfitri hari tu , lebih kurang 2 bulan jugak la baru bacaan turun dan doktor cakap okey tak payah datang check up dah. Yay sangat masa tu Alhamdulillah 😁


Doakan kami jadi anak soleh ya ♥️

Inilah kisah baby 2019 yang sebelah kanan tu. Coretan sebagai kenangan. Sebelah kiri baby besar 😄


Btw, kami sekeluarga dalam proses nak berhijrah dari Penang ke tempat baru nanti. Ke Selangor mungkin insyaAllah 😊. Doakan semua urusan kami dipermudahkan ya kawan-kawan. Doakan permohonan tukar ummi lulus gak ameen. Penat tengok banyak barang yang nak kena kemas 😑. Okey bai!



Repair Phone Bergerak Penang

Assalamualaikum. Post khas untuk warga Penang yang tengah cari tempat nak repair handphone korang yang problem tu. Korang boleh hantar repair dengan fixfonepenang owner dia Amier. Ummi jumpa dekat Instagram terus amek nombor whatsapp. Yang bestnya fixfonepenang ni offer servis repair phone bergerak kat area penang ni. So korang tak perlu sesusah nak keluar rumah nak hantar repair phone tu. Just whatsapp nanti owner datang ambil. Cas pun tak de lah melampau kay.


Macam Ummi punya handset pun sekejap je Amier repairkan. Datang ambil petang Sabtu, Ahad tengahari siap mai hantar dah. Semua elok balik. Tak susah kami nak gi cari kedai dah. Hehe. Tunggu depan rumah je.




Ummi punya Samsung A7 ni rosak camni. Jatuh punya pasal. Asal sikit je tu. Lama-lama merebak. Sebelum dia tutup penuh screen tu, baik lah repair handphone ni.

Dan yang bestnya lagi, korang boleh je request nak Face-to-Face repair handphone korang tu. Nak tengok owner dia repair sendiri depan mata. Macam-macam problem phone dia boleh tengok.

Kalau nak tengok details lagi sila jenguk IG fixfonepenang (@fixfonepenang ). Harga repair phone insyaAllah berpatutan.

Tu je la nak update kali ni. Jumpa lagi naa!

Resepi Mee Kuah Kelantan Versi Ummi

Assalamualaikum kengkawan. Hai dari belog Ummi Awesome. Lama kan menyepi. Hehe. Pembuka tirai posting 2019 hari ni ummi nak share resepi mee kuah kelantan yang simple tapi sedap. Mengidam betul nak makan Mee Kuah versi Kelantan ni. So petang semalam kita masak mee kuah kelate buat makan petang. Resepi mee kuah kelantan ni paling simple dan senang yakmat nak buat. Yang penting SEDAP! Lol!




Resepi Mee Kuah Kelantan Mudah dan Sedap


Bahan-Bahan

1 peket mee kuning 
Bawang Putih 
Lada Hitam 
Bawang Besar Holland
Hirisan Ayam (Boleh ganti daging, udang etc.)
Sayur (Ummi guna sawi dan kangkung)
Cili Merah Besar
Kiub ayam (optional)
Garam
Gula
Air
Telor



Tambahan

Limau nipis
Cili api
Bawang Goreng





Cara-Cara

Mee Kuning
▪ Dicelur


Bahan Tumis

▪  Masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan lada hitam. Masukkan hirisan bawang Holland. Tumis sampai naik minyak.

▪ Masukkan hirisan ayam. Masa ni ummi dah buh garam nak bagi ayam tu terperap elok ada rasa.

▪ Tunggu ayam tu masak elok, kemudian masukkan air anggaran 3-5 gelas (lebihkan kalau nak kuah banyak). Perasakan dengan garam, gula atau kiub ayam.

▪ Agak-agak dah menggelegak, baru masukkan telor ayam dan jangan kacau. Bagi telor tu masak elok. Kemudian masukkan batang sawi dan kangkung serta hirisan cabai besar. Tutup api, kemudian boleh la masukkan dedaun sayuran tu.

Siap!


Cedok masuk mangkuk beserta dengan mee yang telah dicelur tadi. Nak lagi sedap, perah la asam limau dan tabur cili padi dan bawang goreng sikit. Setengah orang suka tambah kicap dan sos. Ni Muhammad Fayyadh pun sama. Tak leh tinggal kicap dia 😂. Terpulang la rasa masing-masing.

Helok tak mee kuah ni? 😆




Senang sangat nak buat mee kuah kelate ni. Sebab teringin nak makan, tu yang balik kerja petang kita masak jap. Hilang mengidam. So selamat mencuba untuk korang!

Jumpa lagi ❤





Salam Aidilfitri : Kelebihan Dan Fadilat Puasa 6 Di Bulan Syawal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya buat korang yang sudi jenguk-jenguk ke sini. Since masih dalam Syawal lagi kan kita ni. Walau di penghujung hujung dah ni :).

Sebenarnya sebelum ni niat nak pos entry pasal Kelebihan dan Fadilat puasa Enam ni sebelum berlalu Syawal. Tapi dok terperam sampai la nak habis bulan raya dah. Ampun maaf ya. Walau bagaimanapun kita post juga la ya sebagai penambahan ilmu orang kata. Tapi sempat lagi kita start puasa 6 esok. Kena straight sampai la Khamis depan. Hehe.




Okey la. Jom kita ketahui berkenaan Kelebihan Puasa 6. Kredit kepada blog ilmiah shafiqolbu. Moga Allah merahmati.


KELEBIHAN DAN FADILAT PUASA ENAM


Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”   (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:

Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.


PAHALA SETAHUN PUASA


Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.  Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”  – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.
.
.
Macam mana nak puasa enam?

CARA PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:

1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.


Lafaz niat puasa enam;




Kena puasa berturut-turut ke?




Bagi kita geng perempuan yang biasanya akan ada hari-hari kita 'mc' puasa. So, macam mana nak puasa ganti dulu perabih ke camna?

QADA’ DAN PAHALA SUNAT

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

.

Pendapat Datuk Mufti  Wilayah Persekutuan.



.
.
Jom kita sama-sama rebut peluang hingga ke penghujung insyaAllah. Segala yang baik itu datang daripada Allah jua.

Salam Aidilfitri sekali lagi. Mohon maaf lahir batin dari saya. Jemput follow saya di Instagram @aada.ummiawesome dan @publicgold.ummiawesome.

Hingga jumpa lagi. Bye!